Tuesday, December 8, 2009

KEM SMART SOLAT SIRI 1

Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh Melaka akan mengadakan Kem Smart Solat Siri 1 pada 12 & 13 Disember 2009. Kem ini adalah secara percuma dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Kem ini merupakan satu program yang diatur bagi kanak-kanak yang sedang berada dalam cuti persekolahan. Objektifnya ialah untuk melahirkan anak-anak yang istiqamah di dalam solat, mengetahui dan memahami kaedah melakukan ibadah solat dengan betul, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, dan memahami falsafah dan hikmah difardhukan solat serta kelebihannya.

Sesiapa yang ingin mendaftar untuk program ini, bolehlah datang ke pejabat Masjid Al-Alami untuk mengambil borang ataupun berjumpa dengan pegawai syarak masjid. sebarang kesulitan hubungi:

06-2312581(Pejabat)
012-6331561(Ustaz Muhammad Yusof)
012-7749410(Ustaz Ahmad Fahmi)

No comments:

Post a Comment